MAJLIS MALAM ANUGERAH PSSGM
20/11/2011
PSSGM Bahagian Negeri Kelantan mengambil inisiatif menganjurkan satu Majlis bertajuk “Malam Anugerah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Kelantan. Tempat: PCB RESORT KOTA BHARU Pada : AHAD 20hb NOVEMBER 2011 Jam: 8.15 mlm
Tujuan majlis ini adalah untuk menghargai para pimpinan PSSGM negeri, Gurulatih-gurulatih, jurulatih-jurulatih dan seterusnya anak-anak gayong sekelian di atas khidmat bakti dan curahan tenaga yang telah diberikan demi untuk memantapkan dan memperkasakan lagi PSSGM Kelantan. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal di atas pengorbanan murni yang telah dicurahkan itu. Komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua anak gayong negeri ini adalah selaras dengan hasrat dan amanah Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim.